Terasa sudah agak lama tidak menulis, bukan? Entri kali ini, saya akan kongsikan bagaimana saya berjaya sahut 7 Days Detox Challenge!
APA ITU DETOKS?
Tahukah anda, apakah itu detoks?
Saya, pada awalnya, hanya menyangkakan detoks hanyalah untuk minum. Selalu bukan, kita dengar, air detoks?
Air yang ada lemonlah, ada timunlah. Ada juga yang blend sayur, dijadikan smoothies.
Betul! Saya dulu ingatkan detoks hanya air. TAPI SAYA SALAH!
Kerana detoks bukanlah air sahaja! Tetapi bagaimana kita hendak mengajar badan kita untuk menerima hidangan yang seimbang.
Sebelum detoks, cuba kita kaji dan selidik dahulu cara pemakanan kita. Adakah kita banyak mengambil buah dan sayur? Adakah kita WAJIB untuk ambil fast food, sekurang-kurangnya dua kali seminggu?
Detoks yang saya buat ialah berdasarkan program detoks ini adalah eksklusif plan dan menu yang diendorsed oleh Dr Jamie, salah seorang doktor dalam organisasi Shaklee.
Jadi, menu yang bakal saya ceritakan bukanlah datang dari saya sendiri ya!
KENAPA PERLU DETOKS?
Anda sering merasa letih, tidak bermaya?
Anda mempunyai berat badan yang berlebihan?
Anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat?
Semua masalah ini berpunca dari toksin yang berlebihan dalam badan. Dan salah satu cara untuk singkirkan toksin dalam badan dengan berkesan ialah dengan melakukan detoks.
Eh, tapi datang dari mana toksin ni?
Toksin dalam badan datang dari pemakanan, gaya hidup yang tidak aktif (kerja yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak), persekitaran yang kotor dan udara yang tidak bersih.
Hakikatnya, kita semua terdedah dengan semua ini!
BAGAIMANA NAK DETOKS?
Untuk detoks, anda haruslah bersedia dari segi mental ya! Ada tiga style menu. Extreme, energetic dan relaks.
Macam saya, saya amalkan extreme dari dulu lagi dan ini ialah kali keenam saya detoks.
Menu extreme ialah :
Hari Pertama - Sayur hijau berdaun, dimasak steam atau mentah
Hari Kedua - Sayur hijau berdaun dan tak berdaun dimasak secara sup
Hari Ketiga - Sayur berwarna warni dimakan mentah atau steam
Hari Keempat - Sayur berdaun mentah, steam atau sup, bersama dengan ESP
Hari Kelima - Sayur berdaun mentah atau sup, bersama dengan ayam atau ikan dan ESP
Hari Keenam - Sayur berdaun mentah atau sup, bersama dengan ayam atau ikan, ESP dan nasi
Hari Ketujuh - Sayur berdaun mentah, steam atau sup, bersama dengan ayam atau ikan, ESP dan nasi
Selalunya, orang akan mula detoks pada hari Isnin. Senang nak track hari.
Jadinya, pada hari Ahad, saya mula shopping barang nak detoks.
TAPI! Terlupa betul nak snap gambar!
Jadi, tidak adalah gambar untuk preparation detoks ya!
HARI PERTAMA
Hari pertama ialah hari yang mencabar. Masa hari pertama, mental kita kena kuat, terutamanya jika kita buat extreme (dan kali pertama buat detoks!).
Ini breakfast saya. Cuma salad bulat dengan timun yang disagat.
Maafkan gambar yang tak semegah ini. Baru belajar nak ambil gambar cantik. Haha.
Lunch. Cuma salad bulat, ditambahkan dengan sedikit black pepper. Air Performance Drink jangan dilupakan ya!
Dinner. Salad kampung bersama timun. Tiada dressing, dimakan raw.
HARI KEDUA
Hari kedua dah boleh makan sup ya! Tapi saya bukanlah penggemar sup. Jadinya, sup saya tak berapa nak berkuah.
Menu pada hari kedua untuk breakfast, saya buat sup kubis bulat sahaja.
Oh ya! Sepanjang detoks, saya amalkan supplemen. Saya akan cerita pada next entri.
Dah ada description bahan pada gambar! Haha.
Lunch + dinner pada hari kedua. Terpaksa gabungkan dua menu ini sebab saya busy nak COD barang masa tu (dan masa selepas ini). Jangan hairan ya kalau ada dua menu sahaja pada satu hari.
PS : Ramai yang tanya mana saya dapat tumbler Vivix tu. Tumbler tu dapat masa saya attend National Conference di Sunway, Julai yang lepas. Free tau!
HARI KETIGA
Pada hari ketiga, menu dah mula berwarna! Bukan ada warna hijau sahaja!
Untuk penggemar teh, lebih baik jika anda minum teh hijau. Kebetulan di rumah, teh hijau tiada. Ternampak chamomile teh. Boleh la tuh!
Saya sangat suka dengan tomato ceri. Kebetulan, pada pagi selepas breakfast, saya ke CMart. Tengah ada promosi tomato ceri. Satu packaging hanyalah RM1.99.
Jadi? Saya borong dua paket!
Jika anda berminat dengan sayur berwarna yang lain, boleh sahaja. Bukan tomato sahaja ya!
Pada hari ketiga ini, saya busy dengan COD barang. Jadinya, bila dah selesai COD, hari dah malam. Dah malas nak prepare salad semua.
Ambil option senang, cuma makan tomato sahaja!
HARI KEEMPAT
Bangun pagi, ingatkan salad ada lagi. Rupanya dah habis! Tak tahulah siapa yang makan.
Jadi, hidangan sarapan pagi hanyalah tomato. Tapi kenyang! Itu yang penting.
Pelbagai rupa untuk lunch. Sebab dah shopping pagi tuh! Haha.
Oh, hari keempat dah boleh makan ayam atau ikan. Atau sumber protein yang lain. Tapi harus dijaga pengambilannya. Hanya suku sahaja.
Masa lunch, dah terlebih makan dan makan lambat (saya lunch pada pukul 3 petang!), jadinya dinner hanyalah semudah yang mungkin.
HARI KELIMA
Sepatutnya ESP atau apa-apa yang berasaskan protein tapi saya lebih suka dengan Cinch Shake. Nak tahu kenapa? Nanti saya share.
Saya mencuba nak buat sup tapi Ya Allah, ampun! Terlebih kuah!
Biasalah, anak dara jarang masuk dapur. Jadi macam ni lah. Last sekali, kenyang dengan kuah ja. Haha.
Untuk dinner, cukuplah ini sahaja. Terlebih kenyang dengan kuah sup tengah hari tadi.
HARI KEENAM
Hari keenam, hampir ke penghujung cabaran sudah! Dan breakfast yang simple sahaja.
Untuk lunch, saya dah boleh makan nasi!
Bagi mereka yang tertanya tentang buah, saya ambil buah sebagai snack dan bukan dalam menu utama. Sebab itu tiada gambar.
Maaf. Gambar tulis day 8. Bukan ya. Day 6.
HARI KETUJUH
Pada hari ketujuh (dan juga dinner pada hari keenam), saya tiada di rumah. Terpaksa bermusafir ke Gombak.
Jadinya, tiada gambar yang cantik. Tapi, alhamdulillah!
Saya berjaya sempurnakan cabaran 7 hari detoks dengan jayanya!
Dan saya sambungkan lagi sehingga hari ke 15!
Nak tahu apa yang saya dapat selepas seminggu (atau lebih!) dengan detoks sahaja?
Saya akan kongsikan pada entri seterusnya.
Nantikan ya!
Lots of love,
NurHidayah
017-5366123
No comments:
Post a Comment