Soalan famous yang sering ditanya oleh ramai pembaca,
terutamanya rakan-rakan yang mempunyai anak kecil, ialah
“Macam mana boleh kesan Taufiq ada autism?”
Dayah pun sampai boleh hafal dah skrip yang nak dibagi dekat
si pentanya sampai Dayah terdetik,
Eh, why not buat satu entri khas untuk pembaca tahu apa karakter atau ciri-ciri anak autism ini?
Dan wallah! Inilah entrinya. Harus diingatkan, entri ini
bercampur English dan Bahasa Melayu ya.
Selamat membaca! =)
Seperti contoh, masalah dalam kelakuan atau behaviour,
masalah dalam pergaulan (social interaction) dan masalah dalam berkomunikasi
(communication).
Harus diingatkan bahawa setiap characteristics atau ciri-ciri
ini mungkin sama diantara spektrum, namun adakalanya ianya berbeza dan tidak
semestinya setiap kanak-kanak di dalam spektrum yang sama akan mempamerkan ciri-ciri
yang sama.
Sebagai contoh, Taufiq diklasifikasikan sebagai severe autism.
Si A, kawan Taufiq juga diklasifikasikan sebagai severe autism.
Taufiq ada masalah komunikasi. A juga ada masalah komunikasi.
Taufiq ada masalah bergaul. Tapi A tidak ada masalah untuk
bergaul.
Faham itu? Setiap spektrum tidak semestinya mempunyai ciri
yang sama, adakalanya ia berbeza.
MASALAH KELAKUAN
Anak autistik selalunya mempunya masalah untuk me’luah’kan
atau menunjukkan cara responding kepada persekitaran. Dan selalunya, mereka
akan stick to their routines dan selalu melakukan perkara yang berulang-ulang.
Ini kerana mereka ingin mengurangkan uncertainty dan maintain predictability
dalam persekitaran mereka.
Ya, jika sesuatu berlaku diluar jangkaan, tantrum akan
berlaku. Tapi jangan bimbang. Tantrum berlaku bukan disebabkan dia tidak dapat
apa yang dihajatkan atau apa yang diinginkan.
Tantrum cumalah sebahagian daripada cara untuk communicate
with their feelings atau cara untuk dia cope dengan situasi.
Antara kelakuan yang selalu berulang-ulang dalam anak autistic
ialah:
- · Mempunyai minat atau intense yang luar biasa. Contohnya, kalau dia minat Doraemon, dia HANYA akan menonton Doraemon SAHAJA untuk satu hari, 24 jam.
- · Hand flapping atau spinning
- · Pengunaan barang secara repetitive, seperti contoh, selalu menyusun toys dalam keadaan lurus (lining up the toys).
- · Selalu melakukan rutin yang sama setiap hari. Contohnya, WAJIB lalu jalan yang sama untuk pergi ke sekolah.
- · Sensori yang sangat sensitif. Contohnya kepada hair dryer, karpet bulu.
MASALAH PERGAULAN
Masuk kepada masalah pergaulan pula. Anak yang mempunyai
autism, mempunyai masalah untuk establish dan maintain hubungan dengan
kanak-kanak yang lain.
Mereka tidak boleh memahami atau express kemahuan mereka
dan mereka juga tidak boleh memahami mana-mana kemahuan dari pihak lain.
Disebabkan ini, anak-anak autism ini may appear distant. Dia
selalu nampak keseorangan dan bersendirian. Ini kerana once bila dia
berkomunikasi, orang lain tak faham, bila orang lain komunikasi, dia pun tak faham,
dia akan ambil jalan mudah iaitu withdraw dari communication dan avoid any
interaction.
Justeru itu, kitalah yang seharusnya lebih push diri kita
untuk membaiki segi pergaulan anak-anak autism ini.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka ialah:
- · Pergunaan non verbal communication seperti lirik mata, ekspresi muka yang terhad.
- · Sukar untuk berkongsi enjoyment, interests dengan orang lain.
- · Mempunyai masalah social dan emosi dalam responding to others.
MASALAH KOMUNIKASI
Kanak-kanak yang mempunyai autism selalu mempunyai masalah
untuk berkomunikasi. Tapi harus diingatkan, ada juga kanak-kanak autism yang
boleh bercakap secara fluent, ada yang mempunyai masalah yang berbeza dan ada
yang tidak boleh bercakap langsung (non-verbal). Untuk mereka yang boleh bercakap,
kamus perkataan mereka selalunya terhad.
Apabila berkomunikasi, kanak-kanak autism ini selalunya
hanya akan bercakap tentang perkara yang spark their interests. Sama seperti
masalah pergaulan, mereka ini mempunyai masalah dalam express non-verbal form
of communication seperti ekspresi muka, pergerakan tangan dan body language yang
lain.
Jika pernah terbaca apa yang Dayah share pasal echolalia
beberapa hari yang lalu, ianya juga antara masalah komunikasi yang terdapat
dalam kanak-kanak autism.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh saja klik pada link
di bawah ini.
Atau mungkin anda mempunyai soalan, boleh sahaja ajukan soalan kepada Dayah, samada melalu emel nurhidayahmohdfaudzi@yahoo.com atau whatsapp 017-5366123.
www.wasap.my/60175366123
Yang mana Dayah boleh bantu, Dayah akan bantu sedaya mungkin.
Raikan perbezaan! Raikan anak-anak autism!
No comments:
Post a Comment