TAUFIQ : KISAH AUTISTIK (BAHAGIAN 2)

1 Disember 2018.

Genap umur Taufiq 12 tahun. Harus disiapsediakan dengan 'perang' menyediakan IC pula nanti. Tapi tak apa. Mungkin kemudian saja difikirkan.

Sejujurnya, sebagai manusia yang paling susah untuk mengingati tarikh, aku adalah antara manusia yang terlupa tentang perihal hari lahir dia.

Sewaktu on the way nak ke Kangar, terdengar di radio,

Esok ialah 1 Disember.

Terima kasih DJ JJ. Tanpa anda, mungkin takkan aku teringat esoknya hari lahir Taufiq!

Esok harinya, tiada sambutan. Seperti mana kebiasaan hari lahir di rumah ini. Cukup sekadar wishes, tiada hadiah. Tiada kek.

Aku segera wish pada dia pada pagi itu.

Selamat hari lahir!

Dan dia sedang menonton filem P Ramlee ( he is P Ramlee fan by the way!). Dia melihat aku seolah aku ni ada antenna atas kepala dan sambung menonton kembali.

Heh.

Apa lagi yang harus aku expect? Malu sendiri nampaknya.

Selang beberapa jam, mak pula wish di group whatsapp family.



Aku bacakan padanya. Dan ya, sekali lagi seolah aku ada antenna.



Salah satu benda yang aku banyak belajar dari Taufiq ialah

Rejection.

Saat kita limpahkan selautan kasih sayang padanya, please expect to be rejected.

Sebab tu kalau crush reject aku pun, aku boleh buat muka toya. Sebab dah biasa. Eh?

Taufiq sangat susah nak luahkan perasaan. Sayang, marah, geram, takut.

Itu biasa. 

Tapi, kalau ada masa dia nak luahkan tu, syukurlah. At least dia berlapang dada nak terima kita.


Kepada Taufiq,

Selamat hari lahir. Selamat 12 tahun.

12 tahun ini telah menjadi satu kenangan. Ada indah. Ada manis. Ada pahit. Ada masam. Especially your air liur basi. Haha!

Terima kasih kerana telah menerima aku dalam duniamu. 

Terima kasih kerana mengizinkan aku berada di sisi dalam setiap langkahmu.

Dan untuk 12 tahun yang akan datang, malah 20, 30 tahun waimapun,

Selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa pada aku,

Aku akan sentiasa ada di sisi.

Ini janji.

Terima kasih atas 12 tahun yang indah ini.
Share this article:

No comments:

Post a Comment