Backpack Ke Krabi (3-11 Mac 2017)

Sesudahnya balik dari Korea, jejak kaki ja kat KLIA, terus buat planning untuk next trip. Masing-masing sibuk dengan life sendiri, sebab tu buat bayangan ja dulu. Once nak finalized, nanti inform ja.

So, masa tu decide whether nak pi Krabi atau ulang balik Mabul.

Lepas dah buat survey dan juga ambil consideration yang kami pernah pi Mabul dah, kami decide untuk pi Krabi selama 9 hari. 

Book ticket bulan November, RM225.33 seorang, return flight, insurance dan luggage.

Kami pergi berempat dan ada role yang kami handle untuk setiap orang. Penat weh kalau pi ramai tapi yang tukang handle sorang ja. Baik takyah nak backpack sekali, kan?

Sebelum pi, kena make sure hampa check balik passport, dah expired ka dak lagi. Exchange rate kena tau.

Ni semua basic travel oversea. Rasanya semua tau dah kot.

😁

Sampai Mac, berjalan la kami ke Krabi.


PENANG KE KLIA

Trip Cik Yah bermula dari Penang. Sengaja ambik flight pukul 11 pagi sebab tak mau bertemu dengan traffic jammed. Standard Penang la kan.

Tiket Pen - KL untuk return RM84 exclude luggage. Sebab masa ni cuma bawak beg sandang kecil sahaja. 

Sebab sebelum ni dah experience Mabul, yang mana asyik ulang baju yang sama ja sebab selalu dok main air. Untuk Krabi, memang plan yang sama. Sebab tu bawak beg kecil ja.

Sampai ja airport Penang, check in dan boarding flight. Alhamdulillah, takda masalah.

Mendarat kat KLIA, pakat tunggu la geng-geng Mak Jemah ni. Kebetulan pula, masa sampai, ada Whatsapp masuk, inform ada sharing dari Masters hebat dan otai-otai. Terus buka tab dan ambil nota.

Berjalan-jalan jugak, bisnes tetap kena jalan 😂


KLIA KE KRABI

Bermastautin la sat dekat Texas Chicken tara tunggu depa mai. Lagipun senang tunggu situ sebab depa ni mai naik ERL. Turun ERL ja, boleh nampak dah Cik Yah hadap ayam sampai tak panggung kepala.

😄

Flight kami ke Krabi pukul 5 petang. Tapi dalam pukul 4 petang baru gerak masuk departure hall sebab semua nak makan dulu. Takmau makan atas flight. Semua nak tidur.

Bagi mereka yang first time nak travel, make sure masuk departure hall awal ya!

Sebab ada checking kastam dua kali, lepas tu nak ke boarding hall tu sangatttt jauh. Kami sampai berlari la kat dalam tu. Buat scene sat!

Nasib baik flight delayed. Hahaha.

Sampai ja flight, selamat tinggal Malaysia!



Geng Mak Jemah, lagi sorang tercampak seat belah sana.



1ST DAY

Airport Krabi kecil ja, walaupun ramai tourist yang singgah sana. Jadi, takyah nak berlagak nak sesat dalam tu.

Landing ja Krabi, terus ambil teksi nak ke Ao Nang. Perkhidmatan teksi boleh diambil kat dalam airport juga, jangan ambil kat luar. Dengar cerita, yang kat luar tu mahal yang amat. Hati-hati.

Dari airport ke Ao Nang, atau lebih tepat ke homestay kami, mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dengan bayaran 600 baht, atau 150 baht seorang, kami cuci mata dulu dengan pemandangan sekeliling.

Ingatkan Krabi ni sebuah bandar yang membangun. You know, feeling macam Penang sikit. Sebab famous kot Krabi ni. Celah mana yang orang tak tau pasai Krabi?

Tapi sangkaan Cik Yah meleset. Pi Krabi macam feel kita balik kampung, except tulisan dan bahasa dia ja yang kita tak faham.

😂

Tenang. Lupa sat kerja kat office.

Masuk kawasan Ao Nang, mata mula mencari mana homestay. Person in charge untuk homestay, Pikah, buat survey sejak Januari lagi untuk decide mana nak duduk masa dekat Krabi.

Dan kami sepakat pilih Adam Bungalow sebab masa tu homestay dah penuh, yang tinggal hanya la hostel.

Harganya boleh tahan, 2000 baht untuk 9 hari, untuk dua bilik. Untuk satu bilik, dalam 111 baht sehari, seorang 50++ baht sehari. Which is considered as okay la!

Bilik basic, cuma ada katil, cermin dan toilet sahaja. Sebabnya kami takkan spend so much time dalam bilik pun, jadi kenapa nak ambil bilik yang ada tv bagai kan?

Berpatutan dengan harga la.

Untuk hari first ni, kami spend masa dengan pi cari pakej pulau. Asalnya nak booking untuk hari esok tu ja tapi dah malas nak fikir dah, setel untuk seminggu tu terus.

😂

Kami booking pakej semua dekat depan restoran Number-1. Ada counter information kat situ. Pi ja kat dia, bagitau nak pi mana, dia akan deal bagi harga yang terbaik.

Kami pi juga, survey-survey tempat lain tapi tempat ni yang offer harga paling affordable.

By the way, nama orang yang jaga tu Fatimah. Tak sempat nak ambil gambar sebab masa hari last tu, Fatimah tak ada. Jangan risau, dia boleh cakap Melayu tapi Melayu Kelantan la ya.

Cari yang ni tau!



PAKEJ DAN HARGA

Antara trips yang kami pi dan harga :

- 4 Islands (800 baht)
Yang ni memang nak repeat lagi. Maybe sebab yang ni yang dikira murah dan pulau-pulau yang lawa, plus orang tak berapa ramai. Except for the last stop, Phranang Cave.😅

- Jungle Tour ( 800 baht )
Yang ni, boleh la kalau nak bagi 3 bintang kot. Sebab kami berempat bukan kaki hutan. So, passion memang takdak la. Tapi worth dengan duit yang kita bayaq tu. 😁

Hat ni, depa bawak pi Hot Springs, Emerald Pool ngan Tiger Cave Temple.

- Phi Phi Islands ( 1,200 baht )
Pulau yang depa bawak ni, lawa. Eh, ada pulau yang tak lawa ka kat Krabi?😅

Tapi beware, Maya Beach sangattttttttt ramai orang! Btw, hat ni kami ambik pakej speedboat. Saja nak rasa.😜

- Railay Beach
Yang ni, tujuan asal, nak pi tengok sunset. Pastu Kak Mah ajak buat rock climbing. Jadinya, dia sorang ja la yang buat. Hahaha.

Harga untuk rock climbing ialah 1000baht dan menurut Kak Mah, rock climbing dia sangat best!

Cara nak ke Railay Beach ialah, hampa pi ja kat Aonang Beach. Nanti hampa nampak ada pondok kecik kat tepi tu. Situ orang yang handle pasai longtail ke sana. Pi 100 baht, balik 100 baht, except kalau hampa balik lepas pukui 6 macam kami, jadi 150 baht.

- Hong Island ( 1,000 baht)
Hat ni kami ambik pakej snorkel dan kayak. Bestt weh! Jangan risau, tak ramai pun yang ambik pakej macam ni. Macam haritu, awalnya, kami yang dari Malaysia 4 orang plus Singaporean 3 orang. Tapi pastu ada couple dari Jerman pun join sekali.

- James Bond Island ( 1,500 baht )
Hat ni aktiviti paling tak basah sekali. Nampak sangat disappointed sampai tour guide ajak pi water rafting ngan dia esok tu. Haha.😅

James Bond Island jauh tau. Sebab hampa tak naik kat area Aonang. Hampa kena pi PhangNga. Perjalanan dari Aonang ke PhangNga tu sejam setengah.😎

Next entri, Cik Yah akan cerita lagi panjang pasai trip dan makanan. La ni nak kena korek balik gambar-gambar yang ada masa pi sana.

Kalau nak itinerary, boleh drop emel. Insya Allah, akan forwardkan secepat yang mungkin.



Hidayah
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment