Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee | nurhidayahfaudzi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!



Posting kali ini, Dayah hendak kongsikan kenapa Dayah memilih bisnes Shaklee, berdasarkan pengalaman peribadi Dayah sendiri.

Alhamdulillah, Dayah sudah setahun bergelar pengedar sah Shaklee dengan bonus hampir 4 angka! Dan dengan bangganya Dayah boleh beritahu, Dayah sudah bergelar #AnakDaraKerjaDariRumah hanya dengan income dari Shaklee.

Kenapa Dayah pilih bisnes Shaklee, dan bukannya bisnes yang lain? Teruskan membaca ya. :)







Tahukah anda, permulaan atau modal awal untuk memulakan bisnes Shaklee hanyalah RM79.50? Ya, cuma RM79.50. Dan modal ini, bukanlah 'buta-buta' bayar atau dijadikan sebagai komisen kepada upline. Sebaliknya, kita akan memperolehi member kit, yang mana member kit inilah yang menjadi bahan rujukan oleh setiap pengedar.

Dayah masih rujuk kepada member kit sampai sekarang tau!


Ini starter kit yang baru. Dapat booklet macam ni. Dayah dulu, dapat beg. ;)

Shaklee juga tidak menggalakkan setiap pengedarnya untuk membuat stok produk. Sesetengah bisnes mungkin memerlukan setiap ahli untuk memberli barang sekian-sekian untuk menjadi ahli dan sebagainya, tapi tidak bagi Shaklee.

Dan Dayah pun, sampai sekarang tidak pernah buat stok, kecuali untuk Vitamin C dan Alfalfa. Sebabnya, dua produk ini memang hot selling! ;)

Eh, Dayah. Macam mana pula kalau hendak memulakan bisnes tapi saya tidak ada modal?

Jangan risau, ada jalannya.

Dengan belian sebanyak RM800 dan ke atas, anda layak untuk mendapatkan keahlian percuma! Ya, percuma!

Anda tidak perlu lagi untuk membayar RM79.50 tersebut lagi!

Bagaimana caranya? Kumpulkan order dari kawan-kawan atau sedara mara, buatlah belian dalam 1 resit.

Secara peribadi, Dayah lebih suka cara yang kedua. Ini kerana, bukan sahaja kita boleh mendapatkan keahlian percuma, kita juga mendapat untung runcit dan bonus!

Nak tahu lagi? Teruskan membaca!


Ini juga salah satu sebab kenapa Dayah memilih untuk membuat bisnes Shaklee. 

Ianya bisnes yang sangat fleksibel. Ini kerana, kita boleh berbisnes dan 'place order' di mana saja kita berada.

Mudah bukan?

Cuba bayangkan. Kita ada bisnes fizikal, katakanlah bisnes kedai makan. Dan setiap hari, pendapatan kita dari bisnes kedai makan itu ialah RM100.

Pada suatu hari, kita terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Makanya, kita terpaksa tutup kedai makan dan pendapatan kita ialah RM0.

Tapi, dengan bisnes Shaklee, everywhere and anywhere is your workplace. Betul!

Pertengahan tahun lepas, Dayah terpaksa ke Kelantan dan Terengganu selama seminggu. Jika diikutkan, pendapatan Dayah boleh terjejas disebabkan Dayah terpaksa 'travel'. 

Tapi dengan bisnes Shaklee, Dayah boleh order online dan serahkan kepada pihak pengurusan Shaklee untuk membuat penghantaran.

Pelanggan pun seronok disebabkan dia boleh dapat barang pada masanya dan Dayah pun boleh travel tanpa perlu susah hati tentang bisnes Dayah. :)

Kalau hendak pulang ke kampung pun, dah tiada masalah! Balik kampung, tetap balik. Tapi bisnes tetap jalan.




Ini mungkin perbezaan yang paling ketara dengan bisnes yang lain.

Bisnes Shaklee ialah bisnes dropship, di mana kita bukan sahaja layak untuk mendapatkan untung runcit sahaja, malahan tambahan dengan bonus!

Kebetulan semasa post ini ditulis, pihak Shaklee baru sahaja kreditkan bank Dayah dengan bonus bulan lepas. Alhamdulillah.

Tahukah anda, Shaklee sudah berada di pasaran lebih dari 100 tahun dan ianya tidak pernah sekali pun gagal untuk membayarkan bonus kepada setiap pengedarnya!





Dalam sistem bonus Shaklee, akan ada car bonus, yang mana, Shaklee akan menyediakan bonus kereta dalam bentuk tunai.

Ya, tunai. Bukannya dalam bentuk kereta walaupun namanya car bonus. ;)

Yang paling seronok, terpulanglah pada kita bagaimana kita hendak membelanjakan bonus kereta tersebut. Samada hendak dibuat sebagai simpanan, hendak membeli kereta, hendak membeli rumah dan sebagainya.

Selain dari bonus kereta, semua pengedar yang mencapai rank tertentu dalam Shaklee layak untuk mendapat trip umrah atau percutian yang bertaraf 5 bintang!

Tambahan pula, semuanya disponsor oleh Shaklee!



Untuk menyertai Shaklee, anda haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai kad pengenalan. ;)

Tidak memerlukan sebarang syarat kelayakan atau sebagainya. Dalam group MEYR sendiri pun, ramai pengedar terdiri dari anak-anak muda dan surirumah tangga!

Semua orang boleh berjaya dengan Shaklee, tau!



Ini yang paling seronok sekali. Bahan dan kelas-kelas nutrisi disediakan percuma oleh Shaklee. Ya, percuma!

Dayah sendiri tidak pernah lepaskan peluang untuk menyedut ilmu-ilmu percuma yang diberi oleh pihak Shaklee. Bukan itu sahaja, pemeriksaan kesihatan juga diberi percuma, bukan untuk pengedar sahaja, tetapi juga dibuka kepada orang awam!

Selain itu, Shaklee juga turut menyediakan website khas untuk para pengedar di mana, website ini disediakan semua bahan bacaan dan flyers untuk dibaca oleh pengedar dan dikongsikan dengan prospek.

Cuma perlu buka dan baca. ;)



Fuhh! Panjang juga kan penerangan kenapa Dayah memilih bisnes Shaklee sebagai punca mata pencarian Dayah. 

Cukuplah setakat ini dahulu, semoga kita bersua lagi di entri seterusnya.

Oh ya!

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang ahli keluarga besar Shaklee Dayah, anda boleh klik sahaja link di bawah ini 

www.wasap.my/60175366123

Dayah boleh 'guide' cara untuk berbisnes Shaklee. ;)

Till then, assalamualaikum!
Share this article:

3 comments:

  1. Shaklee Bisnes yang tak perlu modal. Untuk yang baru nak berbisnes. Boleh mulakan dengan Shaklee😄

    ReplyDelete