Landmark Study oleh Shaklee | nurhidayahfaudzi


Bagaimana ia bermula?

Roger Barnett membeli Shaklee pada 2004, beliau sering mendengar para pengguna supplemen Shaklee mengatakan tentang fenomena produk Shaklee yang amat bagus dan amat baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, tiada bukti ke atas pernyataan tersebut atau ianya hanyalah khabar angin semata-mata.

Oleh kerana itu, beliau mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang supplemem Shaklee dengan pengguna yang lain.




Bagaimana Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee dijalankan?

Ia telah dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dd Gladys Block, PhD dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan-pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis supplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES)

Kajian pemeriksaan Nutrisi dan Kesihataan Kebangsaan (NHANES) mempunyai data yang terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna tidak mengambil supplemen dengan para pengguna mengambil sejenis supplemen. Roger mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang dibandingkan :

1. Pengguna tidak mengambil supplemen
2. Pengguna yang mengambil satu jenis supplemen sahaja
3. Pengguna pelbagai supplemen Shaklee jangka masa panjang


Maklumat berkenaan diet dan pengambilan supplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai supplemen Shaklee dalam jangka masa panjang.

UC Berkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut, dan keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada Shaklee.

Apabila kajian ini selesai, UC Berkeley telah menghubungi penerbit Shaklee mahukan ianya disemak oleh penilai sejawat - piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan. Diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 2007, ini adalah kajian bebas oleh Universiti California, Berkeley terhadap corak pengambilan nutrisi tahap kesihatan, status pemakanan supplemen para pengguna dalam jangka masa panjang.

...Dan hasilnya amat mengagumkan!

Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee merupakan kajian pertama seumpamanya bagi para pengguna supplemen yang menunjukkan bahawa para pengguna supplemen Shaklee jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil mutivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis supplemen. Dalam kajian ini, para pengguna pelbagai supplemen jangka masa panjang mempunyai:

1. Tahap nutrien darah yang lebih baik

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan supplemen. Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis supplemen.




2. Penanda aras utama kesihatan jantung yang lebih baik

Para pengguna pelbagai supplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolestrol HDL dan bacaan yang rendah bagi trigliserida, dimana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah.

Peningkatan dalam pengambilan supplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein c-reaktif (CRP) yang lebih rendah - penanda bagi keradangan tahap rendah.


'



3. Tahap Vitamin D dan Zat Besi yang selamat

Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis supplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemui tahap Vitamin D dan Zat Besi yang sihat dan selamat - nutrien di mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.



4. Risiko menghidapi penyakit lebih rendah

Secara amnya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai supplemen berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang supplemen. Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai supplemen mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis dan lebih ramai merasa kesihatan mereka adalah "lebih baik atau hebat". Tiada seorang pun peserta daripada 278 pengguna pelbagai jenis supplemen Shaklee daripada kajian ini mempunyai peningkatan tahap CRP (>3.0mg/L) yang dikenalpasti sebagai "berisiko tinggi" oleh Pertubuhan Jantung Amerika.

Gaya hidup dan pemakanan boleh mencipta kelainan sebenar

Hasil Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee membantu dalam membuktikan apa yang Shaklee promosikan selama ini. Gaya hidup sihat Shaklee untuk jangka masa panjang adalah lebih baik supplemen. Ia merangkumi pilihan makanan harian yang sihat, juga senaman secara teratur untuk mencapai kesihatan dan kecergasan yang optimum. Mulakan langkah anda hari ini untuk kesihatan secara menyeluruh!

Makan secara sihat

Berikan badan nutrisi seimbang yang diperlukan dengan mengambil pelbagai jenis nutrien daripada makanan setiap hari.

Pelan makanan yang sihat :

Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu tanpa lemak atau rendah lemak

Sertakan daging, ayam, ikan, soya, telur dan kekacang

Elakkan makanan tinggi lemak, lemak trans, kolestrol, garam (sodium) dan gula tambahan

Senaman dan Kekalkan Berat Badan Ideal

Jadikan aktiviti fizikal yang teratur sebagai kunci komponen utama program pengurusan keseluruhan kesihatan secara menyeluruh untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh di samping mengurangkan risiko penyakit kronik.

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum :

Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10,000 langkah atau lebih setiap hari.

Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.

Pengambilan supplemen sebijaknya


Amalkan pemilihan makanan yang teratur sebagai sebahagian daripada rutin harian untuk menyokong gaya hidup sihat

Saranan pengambilan :

Pengambilan multivitamin / mineral yang seimbang dan komprehensif dengan sekurang-kurangnya 500mg kalsium dan Vitamin D.

Pengambilan nutrien antioksida seperti vitamin C dan E, beta korena yang dapat membantu melindungi sel daripada penuaan.

Vitamin B termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat.

Asid lemak Omega-3, EPA dan DHA untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu meningkatkan tindakbalas metabolik dan keradangan.

Probiotik untuk menyokong kesihatan penghadaman dan sistem imun.

Semoga perkongsian tentang Landmark Study memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi di entri seterusnya!
Share this article:

No comments:

Post a Comment