Muslimah Spa & Salon - Azira Health & Spa | nurhidayahfaudzi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Sebagai seorang wanita Muslimah, menjadi masalah yang besar bila kita hendak memanjakan diri, lepak di spa atau salon bukan? Tambah-tambah pula jika kita hendak trim atau potong rambut. Aduhhh! Tak tahu kedai mana nak pergi.

Pernah menjadi pengalaman Dayah, nama kedai itu diletakkan sebagai muslimah. Dayah dan kawan masuklah ke kedai tersebut. Rupanya, tidaklah muslimah mana.

Lelaki masih lagi bebas keluar masuk. Ruang untuk memotong dan mencuci rambut hanyalah sekadar sebuah kerusi, tirai yang muat-muat penggunting rambut dan pelanggan.

Sempit! Dan Dayah serik untuk pergi ke kedai itu lagi.

Masalah yang kedua ialah, bila kita sebut tentang kedai Muslimah, pasti terbayang harganya, bukan? Pernah sekali Dayah pergi ke sebuah salon di Kulim, hanya untuk trim rambut dan Dayah dicaj RM40 untuk servis tersebut.

Ya, RM40. Bagi Dayah, ianya agak mahal.

Dan dari situ, bermulalah pengembaraan Dayah mencari salon dan spa Muslimah yang selesa dan menepati citarasa Dayah, dengan harga yang berpatutan.

And I found it! Alhamdulillah. ;)

Di mana? Sebuah salon dan spa yang terletak di Kulim, iaitu Azira Health & Spa.

Dayah ingat lagi, semasa kali pertama berhubung dengan pemilik kedai ini, memang tak tahu apa. Nak potongan rambut yang macam mana, stail yang begini atau begitu. Tak tahu!

Tapi, pemilik kedai, Puan Azira, dengan tenang dan professionalnya, menerangkan satu persatu dan mencadangkan stail yang macam mana kepada Dayah. Layanannya superb!

Dan yang paling penting, harga yang Puan Azira kenakan, sangatlah berpatutan! Sampaikan Dayah sendiri tidak percaya dengan harga tersebut.

Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 tahun Dayah menggunakan khidmat Puan Azira. Terima kasih!

Kedai Azira Health & Spa terletak di Taman Kempas, berderetan dengan Petron, berhadapan Restoran Taman Kempas. Cuma 2-3 minit sahaja dari Tesco.

Kedai terletak atas Secret IT Base ya.

Boleh naik terus ke tingkat atas. Jangan lupa buka kasut terlebih dahulu!

Pintu masuk Azira Health & Spa. No men allowed!

Senarai harga. Untuk harga yang terkini, boleh terus hubungi Puan Azira.



Bagi yang berminat, boleh hubungi Puan Azira : 019-9902248

Setakat itu sahaja untuk entri kali ini, semoga kita bersua lagi di entri seterusnya!
Share this article:

No comments:

Post a Comment