Kurus Dengan Cara Yang Sihat | nurhidayahfaudzi


"Eh, Dayah dah kurus? "Eh, Dayah macam dah turun sikit berat tu." "Kenapa baju hang macam makin longgar?" Pernah tak kita impikan nak dengar semua phrase ni dari kawan-kawan kita?
Dayah satu ketika dulu, ialah antara mereka yang termasuk dalam kategori obes. Tambahan pula, tinggi Dayah cumalah 144cm. Dengan berat 72kg, Dayah memang nampak yang paling besar di kalangan kawan-kawan.

Apa masalah yang Dayah hadapi semasa era 72kg ni dulu?

1. Susah nak cari baju

Betul. Nak shopping baju, jadi tak selesa. Ada baju yang kita suka, tiba takda saiz kita. Jumpa baju besar, tapi tak berapa nak lawa. Susah sangat!

Dayah ingat lagi, masa raya 2016, kami satu keluarga pergi beli baju raya. Adik dan emak Dayah pergi ke section baju yang lawa-lawa ni. Tapi bila Dayah tengok, semua baju tu tak muat dengan Dayah. Jadinya, terpaksalah Dayah bawa diri, pergi cari baju dekat section lain.

2. Susah untuk bersenam

Dayah sangat suka berenang. Bila berenang, kita boleh tahu tahap stamina dan fit kita macam mana. Jadi, bila satu lap swimming pool, Dayah terpaksa berhenti dan ambil nafas tercungap-cungap dulu, Dayah dah tahu, Dayah tak fit. Even nak berjalan pun, senang rasa penat. Apatah lagi nak berlari, lagi tak larat!

3. Kurang keyakinan diri

Walaupun ada orang kata, gemuk is awesome, bagi Dayah, tak. Dayah tak rasa awesome pun. Pergilah mana-mana, memang Dayah rasa kurang keyakinan diri. Nak bercakap dengan orang, malu. Nak berjumpa dengan orang, malu. Bila bergambar, kena menyorok bahagian belakang. Risau kalau berdiri bahagian depan, nampak macam kita yang paling besar!


Masa ni penghujung tahun 2016. Berat oii!



Gambar ni masa di Krabi. Berjaya gain 2kg semasa trip 9 hari disebabkan makanan Krabi yang sedap-sedap!


Kemudiannya, Dayah mula buat keputusan untuk ubah hidup Dayah. Katakan tidak pada makanan segera, makanan proses. Senang cerita, eat clean. Ambil makanan yang seimbang.

Dan dalam masa seminggu, Dayah turun 2kg! Memang rasa tak percaya. 

Dan dalam masa 6 bulan, Dayah berjaya turun sehingga 10kg. 

Sekarang, berat Dayah bukan lagi 72kg seperti dulu. Sekarang, saiz baju Dayah bukan lagi XXL macam dulu.

Berat Dayah sekarang ialah 58kg dan Dayah target tahun 2018, Dayah akan boleh capai 55kg, iaitu berat ideal Dayah. Saiz baju pula L. Semoga lepas ni boleh merasa pakai baju saiz M pula!



Masa ni berat 60kg. Still fight untuk turunkan lagi.




Before & after!


Entri seterusnya, Dayah akan share secara terperinci bagaimana Dayah boleh hilangkan berat badan lebih dari 10kg. Nantikan ya!

Semoga kita berjumpa lagi di entri seterusnya, assalamualaikum!
Share this article:

No comments:

Post a Comment