S2U Master Tour 2018 - Edisi Utara | nurhidayahfaudzi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur Dayah, memberikan kesempatan kepada Dayah untuk menulis lagi. Syukur kepada Allah.

Semalam, Dayah telah diberi rezeki untuk sama-sama menghadiri program khas yang dianjurkan oleh super duper upline Dayah, Master Dosh dan Master Iffah Anuar. Program ini diberi nama S2U Master Tour, yang mana sebelum mereka datang ke Utara, mereka terlebih dahulu berkongsi di Johor Bahru dan Terengganu.

Untuk pengetahuan, bukan mereka sahaja yang turun padang, malahan ada beberapa Master lain yang bernaung di bawah S2U, juga turut memberi dan berkongsi pahit manis mereka sepanjang bersama Shaklee.

Antara Master-Master yang terlibat

Tentatif program

Dengar cerita, tour yang dianjurkan oleh Master Dosh dan Master Iffah ini sudah lama tidak diadakan. Kali terakhir, bertahun yang dulu. Masa tu, Dayah pun belum jadi ahli lagi. :)

Ini kerana, keadaaan dan kesihatan Master Iffah yang kurang mengizinkan. Untuk pengetahuan anda, Master Iffah merupakan salah seorang SLE fighter. ;)

Program bermula dari pukul 8.30 pagi sehinggalah 6 petang.

Sehari sebelum program, Master Normi beritahu, akan ada lucky draw untuk early bird, 100 orang terawal. Dan hadiahnya ialah YOUTH Night Cream!

Wahhhh! Masa Dayah baca mesej di Whatsapp tu, terus Dayah cakap, 

Sesudah SUBUH akan ku sampai kat sana!
Haha, semangat bukan? ;)

 Selepas Subuh, Dayah terus ke Sungai Dua, ambil Syira (upline Dayah) dan singgah breakfast dahulu. Kemudiannya, kami ke Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.

Daftarkan diri, terus dapat tag nama.


Yang bestnya program Shaklee ni, setiap kali program, mesti ada orang sponsor makanan, vitamin. Ehehe. Dapatlah merasa makanan free, vitamin free.

Macam semalam, ada orang sponsor nasi lemak, roti, gula-gula. Burb, kenyang. Alhamdulillah.

Ada juga yang sponsor Performance Drink, ESP, BComplex dan Vitamin C.


Air Performance Drink free!


Vitamin free, ditaja sepenuhnya oleh Master Farihah. Bukan semua dapat tau! Khas untuk sesiapa yang duduk barisan hadapan sahaja. ;)


Nampak dak Night Cream igauan tuuu? Ni semua hadiah cabutan bertuah tau! Banyak kan?


Tepat pukul 9 pagi, program pun bermula. Sampailah pukul 6 petang.

Apa yang Dayah dapat sepanjang program ini?

Ilmu. Ilmu. Ilmu. Banyak peringatan, banyak pengajaran yang Dayah dapat. Kadang-kadang, ada satu benda tu kita dah selalu buat tapi rupanya, salah teknik. Sebab itu ianya kurang menjadi. ;)

Selain itu, bila adanya program seperti ini, Dayah berkesempatan untuk berjumpa dengan upline, downline dan sideline lain yang jarang berkesempatan untuk berjumpa.


Bersama upline Dayah, Syira & Kak Lin.


Muka masing-masing lepas pakai YOUTH. Nampak muda tak? ;)

Jika anda merupakan Pengedar Sah Shaklee, Dayah SANGAT-SANGAT menyarankan kepada anda, jika adanya program yang sebegini, pergilah. Pergilah menuntut ilmu.

Tahu tak, ada yang sanggup ambil cuti semata nak hadirkan diri ke program ini? Ada yang datang dari KL, ada yang datang dari Perak. Bukan geng utara sahaja.

Gigih bukan? Demi ilmu, tak apa.

Jika anda belum bergelar Pengedar Sah Shaklee dan berminat untuk join bisnes, Dayah cadangkan anda baca entri ini terlebih dahulu


Selamat membaca!

Setakat ini sahaja entri kali ini, semoga kita berjumpa lagi.



Salam sayang,
NurHidayahFaudzi
Share this article:

1 comment: