TRIALS AND TRIBULATIONS : A BLESSING IN DISGUISE

Beberapa hari lepas, saya ada buat LIVE Facebook, di mana saya kongsikan cerita tentang adik saya yang non-verbal autism. Feedback yang saya dapatkan, sangat mengagumkan!


Dan ramai juga yang PM saya, bertanyakan tentang pandangan dan nasihat saya mengenai anak-anak mereka. 

Untuk sesiapa yang berminat ingin menonton LIVE tersebut, boleh klik link ini :

CABARAN MEMBESARKAN NON VERBAL AUTISM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Tapi, dalam banyak-banyak kisah yang ramai kongsikan cerita, saya paling terkesan dengan satu cerita.

Assalamualaikum Hidayah. Nama kak S. Akak suka baca posting Dayah tentang autism, update pasai Bos. Akak suka juga baca post Dayah tentang inspirasi dan journey Dayah mencari erti hamba.
Untuk pengetahuan Dayah, akak ada dua orang anak. Anak yang sulung, umur 3 tahun, disahkan autism tahun ni, awal tahun. Yang kedua, baru berumur setahun.
Akak baru ja diceraikan oleh suami akak beberapa bulan lepas sebab suami akak tak boleh nak accept anak dia seorang OKU. Dan dia meletakkan semua kesalahan atas bahu akak. 
 Alhamdulillah, akak sekarang dah terlepas dari 'neraka dunia'. Cumanya kadang-kadang akak rasa tertekan dengan apa yang dah jadi, dengan keadaan anak akak yang pertama ni lagi.

Saya senyum sepanjang membaca feedback ni.

Saya suka tengok Hidayah sebab saya rasakan Hidayah seorang yang positif dalam hidup.

Alhamdulillah.

-----------------------------------------------------------------------------------------



Ujian itu pasti ada, jika seorang itu bergelar manusia. Allah dah janji yang tu. Apa dia kata dalam Quran?


Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.

Al-Baqarah : 155


Allah dah janji, kalau dah namanya manusia, mereka akan diberi ujian dalam hidup mereka.

Jadi, bila ujian itu datang, jangan kita mengeluh! Jangan sesekali. Kerana,


Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Al-Baqarah : 286


Tengok, indah bukan? Allah, kalau tahu kita tak mampu nak tanggung sesebuah ujian itu, kita takkan dibebani dengan ujian tersebut!

-----------------------------------------------------------------------------------------



Kenapa ujian berlaku?

Apabila ujian atau kita ditimpa apa-apa musibah, sila ingat perkara ini. Allah takkan timpakan ujian kepada kita jika tidak kerana ini :


  •  Ujian itu terjadi disebabkan Allah ingin menjadikan kita seorang mukmin yang lebih baik. Ingat, permata berasal dari hanya seketul batu. Setelah ditembak dengan air, dikikis sana sini, barulah kita dapat seketul permata. Begitu juga dengan manusia. Setelah kita berjaya mengahdapi segala ujian dan cabaran, barulah kita mampu untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik dan lebih bertaqwa.
  • Kitu terjadi sebagai penghapus dosa. Lebih banyak dosa, lebih besar ujian, lebih banyak dosa yang Allah hapuskan. Indah kan? Dosa itu habis hanya setakat di dunia, takkan di bawa hingga ke akhirat.
  • Ujian itu terjadi kerana betapa Allah rindukan hambaNya. Kerana itu Dia memberikan ujian, supaya hambaNya itu kembali, balik ke jalanNya. Allah nak dengar kita merintih, meminta padaNya.
-----------------------------------------------------------------------------------------



Maka apa perlu kita lakukan sepanjang ujian? SABAR.

Saya ada highlightkan tentang SABAR dalam LIVE saya sebelum ni. Refer link ini


Kenapa perlu sabar? Ingat, jika taubat, belum tentu nasuha. Jika istighfar, belum tentu kita khusyuk.

Tapi jika kita sabar dengan setiap ujian yang Allah berikan, insya Allah, pahala taubat dan khusyuk, kedua-duanya kita boleh raih dengan automatik!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, pesanan saya, jika anda yang sedang membaca ini sedang diuji, tak kisah diuji dengan ujian atau musibah yang bagaimana pun, BERBAHAGIALAH!

Kerana Allah sedang menginginkan doa dan rintihan kita.

BERBAHAGIALAH!

Kerana Allah sedang memanggil kita.

Maka berbahagialah mereka-mereka yang sedang diuji.



Salam sayang,

Hidayah
Kulim, Kedah
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment