DARI ENGINEER, JADI BUSINESSWOMAN


Saya Norhaslin binti Mohd Nordin. Boleh panggil Lin atau Kak Lin. Berumur 33 tahun.

Saya mula join Shaklee pada tahun 2013. Pada mulanya, saya join hanyalah sebagai bisnes tambahan, disebabkan masa tu saya sudah pun mula berniaga baju muslimah dan sedang dalam perancangan untuk berhenti kerja.

Konon-kononnya, hendak mencari kerja yang dekat dengan rumah. Tapi lain pula jadinya.

Kenapa saya nak berhenti kerja?

Saya bekerja sebagai jurutera di Kilang Agilent Technologies, Bayan Lepas. Sedangkan saya menetap di Bertam, Kepala Batas. Satu jam perjalanan untuk dari rumah ke tempat kerja. Belum masuk jammed lagi, kadang-kadang jadi satu jam lebih.

Sebelum saya join Shaklee, saya selalu tengok Nurul Huda, ex-housemate semasa diploma, post tentang Shaklee.

Tapi masa ni, saya buat tidak tahu sahaja. Ada satu masa, dia tolak interview dari goverment hanya disebabkan dia dah stabil dengan income Shaklee.

Dan bermulalah saat saya dengan Shaklee pula. Selepas saya join, saya selalu membaca tentang produk Shaklee. Semua nampak menarik! Semua terasa nak beli!

Disebabkan masa tu saya tengah menyusukan anak dan takut susu drop, saya pun cuba Alfalfa. Selepas Alfalfa, saya cuba ESP.

Apa yang jadi selepas itu?

Satu peti ais penuh dengan koleksi susu! Lauk pun dah tak boleh nak simpan!



Kemudian, saya share tentang produk yang saya makan. Tentang kelebihan produk Shaklee. Pergi branch, saya ambil gambar. Pergi pos, saya ambil gambar.

Apa orang kata? Gebang sampai bergoyang pokok!

Dari situ, saya mula bina trust. Ramai yang order dengan saya. Allah bukakan hati untuk join bisnes ini.

Ada satu masa, saya boleh daftar ahli seramai 7 orang sehari!

Kemudiannya, saya naik rank supervisor pada Oktober 2013. Alhamdulillah!

Share this article:

No comments:

Post a Comment