Bangga Menjadi Yang Terpilih

Kisahnya bermula lebih kurang dalam dua tiga yang lepas, macam mana seorang kakak buat pengakuan melalui media sosialnya yang dia 'geli' dengan adiknya sendiri.

Katanya, dia kurang suka (instead of guna perkataan kurang suka, dia tekankan perkataan benci) dengan perangai adiknya yang suka memeluknya.

Adiknya dah besar. Dah 20 tahun lebih menurutnya.

Bila baca pengakuan tersebut, terus aku peluk Taufiq. Eh, ditolaknya pulak aku! Baru nak berkasih sayang. Haha!

Yes, aku tak berada dalam 'kasut' wanita berkenaan. Tapi jangan lupa, kami ada perasaan.

Kami ini KAKAK. Dan kami ada adik autistik.

Ini titik persamaannya.

Dan cuba fikirkan, kalau tidak pada kita, sang KAKAK ini, kepada siapa lagi si adik autistik nak menagih kasih sayang?

Ingat, depa ni susah nak luahkan perasaan, terutamanya yang non-verbal seperti Taufiq. Cara dia meluahkan kasih sayang, tanda terima kasih, ialah dengan peluk kita, cium kita.

Cium di tempat yang tak sepatutnya, harus diberi warning.

"Ini salah, jangan buat lagi."

Tapi jika ciumnya hanya sekadar di pipi, alangkah indah bukan perasaan itu? Ditunjukkan kasih sayang sama kita.

Ingat wahai kakak,

Ada sebab KENAPA dan APA TUJUANNYA kenapa kita ini dilahirkan terlebih dahulu.
Ada sebab KENAPA tergalasnya atas bahu kita ini tanggungjawab seorang kakak.

Ada sebab.

Supaya kita menjadi TONGGAK, TIANG, PELINDUNG adik-adik.

Rebah sang kakak, rebahlah sang adik.
Teguh si kakak, makin teguh lagilah adik-adik.

BANGGALAH kerana kita tepilih untuk menjadi KAKAK!


Share this article:

No comments:

Post a Comment