BAGAIMANA NUTRIWHITE BEKERJA?

Assalamualaikum!

Kali ni, Cik Yah ingin kongsikan dengan hampa pasai Nutriwhite (NW), salah satu set skincare Shaklee. Satu lagi set skincare Shaklee ialah Enfuselle ya!


Ni ialah antara koleksi peribadi NW.


BAGAIMANA NW BEKERJA?

Ada 5 cara iaitu menghalang, mengurangkan, menyekat, mencerah dan memperbaharui.


🌳 Menghalang - NW akan menghalang matahari, alam sekitar dan pencemaran dari merosakkan kulit.

🌲 Mengurangkan - NW akan mengurangkan pigmen gelap yang ada pada kulit. Pigmen gelap inilah punca kenapa kulit menjadi kusam.

🌲 Menyekat - NW menyekat pigmen-pigmen gelap dari berpindah ke lapisan atas kulit yang seterusnya membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam.

🌲 Mencerah - NW berfungsi sebagai pencerah, menjadikan tona kulit lebih sekata dan bernada cerah.

🌲 Memperbaharui - NW dengan cepat akan mengeluarkan sel-sel mati dan memperbaharui sel-sel yang ada.


KENAPA NUTRIWHITE?

Cik Yah dulu, kalauj nak pilih skincare, pakai beli ja. Tak baca apa dah. Tapi, bila dah ada kes breakout disebabkan suka suki hati beli, makanya lepas tu, dah mula aware dengan skincare ni.

Mai nak list sikit pasai pa Cik Yah pilih NW ni.😄

1. Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan US.
2. 3 tahun pembangunan produk.
3. Pemilihan bahan aktif dan mentah dari seluruh negara.
4. Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit yang lebih putih dan cerah.
5. Selamat dan berkesan.


BAHAN-BAHAN NUTRIWHITE

Ada 16 bahan-bahan aktif yang terdapat dalam set Nutriwhite.




Bearberry : Meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan.



Soybean : Mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok.



Skullcap : Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid.



Beech tree : Meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit.



Strawberry Begonia : Mencerahkan 



Mulberry : Mencegah kerosakan matahari dan melembap



Peony : Mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan


Rosemary : Mengetatkan, mengurangkan keradangan.



Aloe vera : Melegakan, melembapkan



Mountain Arnica : Mengurangkan keradangan dengan flavones



Cat's claw : Menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin



Kudzu : Menegang dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon



Linden : Menyuburkan dan menghidrat dari dalam



Marshmallow : Melembapkan dengan tanin



Seaweed : Mengeluarkan sel-sel mati, memelihara dan menegangkan kulit



Green algae : Menyahtoksin dan melembapkan


KE ARAH WAJAH YANG LEBIH BERSERI!


Ada 7 produk dalam set NW ni.



1. NW Action Makeup Remover

Berfungi sebagai penanggal mekap, ia menjadikan kulit anda lebih licin, lembut dan berseri. Kulit akan menjadi lembut, tidak berminyak.

Mempunyai tunas pokok Bic yang boleh menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Selain dari itu, ia juga mengandungi Aloe Vera yang menyegarkan dan menegangkan kulit.

Review Cik Yah:
Best, pakai sikit ja, boleh hilangkan mekap satu muka. Hat mana yang waterproof la, apa alah proof pon boleh hilang dengan makeup remover ni. 

Haritu ada buat demo di FB pasai ni, boleh refer : Makeup Remover


2. NW Gentle Deep Foaming Cleanser

Membersih, melembut dan menyegarkan kulit. Dipakai selepas menggunakan Makeup Remover.

Ia mempunyai rumpai laut yang boleh menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit. Alga hijau juga berfungsi sebagai penyahtoksin dan melembapkan kulit, manakala Strawberry Begonia mencerahkan dan menyeimbangkan pigmen.

Review Cik Yah:

Pakai ja cleanser ni, memang rasa dia buang habis segala sel-sel mati, minyak-minyak yang ada. Muka rasa segar dan bermaya. 

Yang ni, beli cuma setahun sekali. Tahan lama!


3. NW Soothing Radiance Whitening Softener

Atau dalam erti kata lain, toner.😅

Softener diperlukan untuk melembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. 

Disebabkan dia ada Rosemary, Kudzu dan Marshmallow, kulit akan menjadi lebih segar, tegang, cerah dan lembap.

Review Cik Yah:

Dia mai dalam botoi panjang. Macam Cik Yah, Cik Yah tak suka nak tempek-tempek kat cotton pad, pastu tempek-tempek kat muka.

So, solution dia, Cik Yah beli spray yang untuk mist tu, tuang softener dalam tu dan spray!

Kreatif la sikit, kawan.😆


4. NW Daiy Essence Whitening Essence

Pelembap NW. Ianya sangat mudah diserap oleh kulit.

Mempunyai Strawberi Begonia yang menyeimbangkan pigmen. Ia juga turut mempunyai soybean yang berfungsi melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam.

Turut diperkayakan dengan Vitamin C untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah. Mulberi bertujuan untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari.

Review Cik Yah:

Botoi dia kecik ja, lebih sikit kot dari sejengkal tapi power weh! Pakai sikit ja, memang terasa kulit kita ni lembap.

Kecik-kecik cili padi!



5. NW Spot Whitening Treatment

Ia memperbaiki kesan-kesan matahari dan jeragat dengan cepat.

Mempunyai kuasa pencerahan dari Peony dan Cat's Claw yang boleh menegangkan kulit. Selain dari itu, Vitamin C juga boleh mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus.


6. NW Daytime Whitening Lotion

Sunblock. Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

Mempunyai Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit, Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit dan pelembap dari segala sudut.


7. NW Overnight Renewal Whitening Cream

Krim malam NW, memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur. Di waktu pagi, kulit akan terasa lebih gebu, cerah dan berseri.

Bahan yang terdapat dalam produk ini ialah Linden, yang mampu menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam. Selain dari itu, ia juga mempunyai Skullcap yang mencerahkan dan menghilangkan radang kulit.


Settle pasai NW!

Bagusnya NW ni, ialah ianya tahan lama. Selalunya, skincare yang ada di pasaran hanya boleh bertahan dalam 2-3 bulan.

Ada sesetengah, hanya bertahan selama sebulan sahaja!

Tapi, dengan NW, ianya mampu bertahan sehingga setahun, bergantung kepada penggunaan.

Macam Cik Yah, disebabkan Cik Yah sorang ja yang pakai NW, selalu setahun sekali baru beli lain.

Jimat kan?

Jika berminat, boleh hubungi Cik Yah. Dapatkan sementara stok masih ada!



Hidayah,
017-5366123




























Share this article:

No comments:

Post a Comment