INDEKS GLISEMIK

Pernah dengar tentang Indeks Glisemik (GI)? Sebenarnya, GI ini merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.


APA ITU INDEKS GLISEMIK?

Indeks Glisemik adalah satu ukuran yang menunjukkan kelajuan dan intensiti tinggi tahap glukosa (gula) dalam darah selepas kita makan makanan tertentu.

Glukosa, yang kebanyakannya terdapat dalam makanan yang kaya dengan karbohidrat, adalah tenaga utama untuk sel-sel badan.

Bergantung kepada GI, karbohidrat boleh dibahagikan kepada baik dan buruk.


NILAI GI DAN KESAN KEPADA BADAN

Untuk menilai GI dalam makanan, terdapat nilai dari 0 sehingga 100. 0 bermakna makanan tersebut tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan 100 bermakna sebaliknya.

Terdapat tiga tahap GI, rendah, sederhana dan tinggi.


GI RENDAH

Makanan yang mempunyai GI bawah 55, dipanggil sebagai GI rendah.

Ianya akan merebak dengan perlahan dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah. 

GI rendah dikaitkan dengan tahap insulin rendah yang boleh membakar lemak lebih cepat dan kurang cenderung untuk disimpan di dalam badan.

Contoh makanan yang mempunyai GI rendah ialah pisang (52), epal (46) dan teh hijau (28).


GI SEDERHANA

Makanan yang mempunyai GI antara 56 - 69 dipanggil GI sederhana.

Contoh makanan yang mempunyai GI sederhana ialah pasta (66), aiskrim (63) dan mangga (60).


GI TINGGI

Makanan yang mempunyai GI yang tinggi menyebabkan tahap glukosa darah naik mendadak dan juga tahap insulin.

Dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada peningkatan lemak, darah dan risiko masalah yang lain.

Antara makanan yang mempunyai GI yang tinggi ialah nasi putih (92), donut (86) dan cola (65).



Seharusnya, disarankan agar kita hanya makan makanan yang ber'GI' tinggi dalam kuantiti yang sedikit dan GI rendah dalam kuantiti yang lebih banyak.


Hidayah,
017-5366123


Share this article:

No comments:

Post a Comment