JOM DETOX!

Anda pernah mencuba detox? Ini bukan sekadar buat air detox tu ja tau!😄


APA ITU DETOX?


Detox disini membawa maksud satu proses yang membuang racun dan semua toksik yang tidak baik daripada sistem tubuh.

Macam mana kita boleh dapat toksik tu?

Toksik ini terkumpul setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum. Malah ia terkumpul lebih pantas daripada tempoh pembuangan yang dilakukan oleh tubuh.

Cepat bukan?



KITA HIDUP DALAM DUNIA BERACUN!

Toksik yang terkumpul dalam badan, bukan berasal dari makanan sahaja tau. Ia juga datang dari persekitaran kita.


  • Makanan - Zaman sekarang, kita dilambakkan dengan makanan yang diproses, diawet, ada perasa, pewarna tiruan dan juga yang terdedah kepada racun serangga.
  • Udara - Pencemaran udara, terutamanya jerebu, banyak memberi masalah kepada kita, terutamanya kepada paru-paru. 
  • Air - Hujan asid, sisa percemaran dari tanah, pelupusan sisa buangan, ni semua antara yang mencemari air.
  • Tubuh badan - Organ-organ detoks yang dipertugaskan untuk mencuci dan membuang toksik-toksik dalam badan, bekerja keras untuk melakukan tugas masing-masing. Tapi ada masanya, bila terlampau banyak toksik, organ ini tidak boleh melakukan tugas sebaiknya.
  • Gaya hidup - Ini merupakan toksik yang dipilih sendiri. Rokok, alkohol berlebihan, pemakanan yang tidak seimbang, menyumbang kepada toksik-toksik dalam badan.



7 MANFAAT DETOX

"Membersihkan tubuh badan anda daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda anda inginkan makanan yang lebih berkhasiat."

1. Pengurangan berat badan.



Tubuh tidak boleh membakar lemak secara semulajadi disebabkan toksik-toksik yang ada pada badan. Melalui detoks, tubuh akan kembali di'reset' dan badan akan boleh membakar lemak secara efisien dan hasilnya, berat akan turun dengan mudah.


2. Melegakan rasa kembung dan sembelit



Usus akan membawa sisa dari tubuh tapi ada sesetengah yang akan terkumpul secara perlahan dan akhirnya tersumbat. Disebabkan itu, sembelit terjadi, berat susah nak turun, kembung dan menjadi masalah sekiranya ianya mengakibatkan penyakit kolon.

Dengan detoks, ianya mampu untuk membersihkan kolon dan melegakan sembelit. Sistem pencernaan juga akan menjadi lebih sihat serta masalah pembuangan sisa dan bahan kimia dari tubuh juga akan menjadi lebih baik.


3. Memberikan tenaga



Organ-organ yang melakukan detoks, memerlukan tenaga yang banyak. Kalau badan dah banyak toksik, ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat, lebih banyak tenaga diperlukan oleh organ-organ ini. Sebab itu, kita akan merasa cepat letih.

Melalui detoks, ianya akan membantu organ mengeluarkan toksin dan akhirnya tubuh akan lebih bertenaga dan stamina lebih tinggi.


4. Mengurangkan nafsu makan



Detoks akan membersihkan tubuh dari toksin yang tidak sihat dan menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi.


5. Kulit lebih cantik



Kulit turut membantu membuang toksin dan kotoran dalam tubuh dengan cara berpeluh. Apabila toksik terlampau banyak, sistem dan kelenjar peluh tidak boleh bekerja secara optimum. Sebab itulah terjadinya kondisi kulit yang tidak sihat.



6. Menguatkan sistem imunisasi



Radikal-radikal yang ada, akan cuba merosakkan sel badan dah membinasakan sel imunisasi.

Detoks akan halau dan halang radikal ini dari membiak dan badan akan menjadi lebih fokus untuk mengukuhkan sistem pertahanan semulajadi.



7. Tidur lebih lena



Radikal mengakibatkan hormon tidur meningkat, yang akan mengganggu corak tidur dan mendorong ke arah masalah insomnia.

Detoks akan me'reset'kan balik badan dengan cara membuang radikal-radikal jahat yang mengganggu tidur.



Ini sahaja tentang detoks buat masa ini. Entri seterusnya, Cik Yah akan share menu detoks pula.

Hidayah,
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment