Tips Bekerja Dari Rumah



Alhamdulillah, bulan ni, dah nak masuk bulan ketiga bekerja dari rumah. Bermula Mei yang lepas, sampai la sekarang.

Masih lagi noob bab kerja dari rumah ni sebenarnya tapi orang asyik tanya tips untuk bekerja dari rumah.😋

Masa awal-awal dulu, memang mengaku hidup tunggang terbalik sangat-sangat. Bulan Mei, memang out terus. Langsung tak boleh nak fokus. Masih lagi tercari-cari step nak bermula.

Masuk Jun, disebabkan kena fokus bisnes lain, lagi la terbalik. Sampai dah nak rebah dah!

Masuk Julai, alhamdulillah, dah mula nampak langkah sikit-sikit. Semoga Ogos memberi sinar dan makna baru, insya Allah!

So, nak kongsi dengan hampa few tips macam mana nak bekerja dari rumah. Ready?

Let's go!

😝



🌼 Pilih pekerjaan yang disukai

Stay at home, bukan bermakna kita tak bekerja langsung. Cumanya kerja tu boleh dibuat dari rumah dan tak memerlukan kita untuk keluar pun kadang-kadang tu.

Pilih pekerjaan yang hampa suka. Contoh, kalau kita suka mengajar, kita boleh ambik part time jadi tutor. Buat tuisyen kat rumah.

😋

Macam Cik Yah, suka mekap dan nak sebarkan pasai kulit cantik. That's why Cik Yah jual Shaklee dan pre-order mekap dari US.

See?

Cari passion kita. Jangan tiru orang. Orang jual bedak, kita nak jual bedak. Orang jadi cikgu, kita pun nak jadi cikgu. Padahai tak suka mengajar.

😫



🌼 SOHO - small office home office

Set kan satu space dalam rumah yang berfungsi sebagai ofis kita. Baru nampak tersusun, ada la motivasi kita nak buat kerja.

Tak perlu besar. Cukup sekadar meja kecil tu terlebih dahulu. Sebab kita baru nak bermula.
Nanti lama-lama, baru la tambah sedikit sebanyak aksesori yang ada.

Macam Cik Yah sekarang, SOHO sebelah meja solek. Senang nak grab alat mekap bila boring-boring tu.

😝



🌼 Displin

Yang ni paling penting, especially yang buat meniaga online.

Pernah jadi dak, nak updet status kat FB, dah tersinggah wall orang lain, dok scroll-scroll, tengok dia jual apa.

Tak pun, bukak web sebab nak connect Whatsapp web, dah pi bukak laman web Hermo pulak. Habih masa kat situ nak dekat sejam.

Jangan bazir masa buat kerja yang tak berfaedah. Ingat, kita kerja dari rumah, kita pekerja, kita bos. Takda sapa nak ingatkan kita, oi, hang tengah kerja la ni.

Dak.

So, displin memang kena ada. Ada reminder dalam otak sesiap. Tak pun, letak reminder besar-besar kat SOHO hampa.



🌼 Tetapkan waktu bekerja

Walaupun bekerja sendiri, bukan bermakna nak masuk ofis bila pun takpa. Displin kan diri anda.

Macam Cik Yah, Cik Yah suka masuk ofis pukul 9, rehat sat pukul 11.30. Dan sambung balik pukul 12.30 sampai la pukul 4. Pastu sambung lagi malam nanti.

Eh, tapi kat rumah banyak gangguan. Anak-anak menangis nanti, macam mana?

Pi la entertain anak tu dulu. Lepas dah settle, baru masuk ofis balik. Dah masuk ofis tu, settlekan kerja yang tertangguh tu.

Ni bestnya kerja dari rumah. Fleksibel.



🌼 Buat to-do-list untuk keesokan harini

Ni yang orang selalu lupa nak buat. Plan untuk the next day.

If you fail to plan, you are planning to fail.

Tak lama pun nak buat. Cuma ambil beberapa minit sebelum kita habis kerja, susun jadual untuk esok. Apa yang patut kita buat, kena pi mana-mana ka. Susun semua tu.


Okay, cukup lima tips dulu. Nanti kalau ada lagi, Cik Yah bagi lagi.

Konklusinya, tak kisah pun samada hampa ni kerja dari rumah ka, kerja kat ofis ka, as long as rezeki yang kita dapat, rezeki yang halal.

Betui dak?

😅

Kepada yang bercita-cita nak join team #KerjaDariRumah, Cik Yah doakan hampa capai cita-cita tersebut.

Semoga berjaya!

Salam sayang, till then.

😘


NurHidayah
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment