Tips Nak Bisnes Sambil Bekerja

Di zaman yang serba mencabar ini, sudah menjadi satu kebiasaan suami isteri untuk bekerja. Belanja rumah semakin meningkat, taraf hidup menjadi semakin tinggi. 

Kadang-kadang, gaji bulanan pun tidak mencukupi!

Dari situ, anda pastinya mencari jalan alternatif lain, mungkin dengan berbisnes. Tak kisah apa jenis bisnes yang anda lakukan, samada menjadi ejen produk, melakukan dropship atau mungkin berniaga secara kecil-kecilan.

Jadi, macam mana nak berbisnes tapi pada masa yang sama, anda nak bekerja juga? Tidakkah menjadi semakin serabut hidup anda?

Apa kata anda baca tips di bawah ni?


7 TIPS NAK BISNES SAMBIL BEKERJA


Pilih jenis bisnes yang tak menggangu waktu bekerja.

Mulakan dengan bisnes yang mudah dan ringan. Bukan ringan dari sudut berat produk ya! Tapi ringan dari sudut tanggungjawab untuk selesaikan tugas bisnes tersebut.

Contohnya, jadilah ejen mana-mana produk. Jangan terus menjadi owner produk. Mulakan dengan yang mudah terlebih dahulu.





Mesti sanggup korbankan masa

Pergi kerja dari 8 pagi sampai 5 petang, balik kerja, tak sempat lagi nak rehat, kena reply mesej customer, update blog, update page. Tu tak masuk lagi nak submit order. Tengah-tengah nak submit, server down pulak.

Mesti stress kan?

Tapi inilah orang yang hebat! Tak ramai yang sanggup untuk korbankan masa tapi orang yang hebat ialah orang yang sanggup berbuat demikian.





Jadualkan posting

Untuk orang tahu, terutamanya jika kita penjual online, kita kena update media sosial selalu.

Tapi, kalau dah kerja, macam mana nak update selalu?

Gunakan apps yang akan postkan posting anda berdasarkan setting yang anda tetapkan. Antara apps yang pernah saya gunakan dan juga friendly-user ialah Buffer dan Hootsuite.





Lantik pembantu untuk layan pertanyaan atau ambil order

Ini merupakan pilihan, mungkin apabila pelanggan sudah ramai, anda sudah tidak mampu untuk melayan mesej satu-satu, anda boleh lantik seorang pembantu.

Tugas pembantu ini pula, antara skop mereka ialah mungkin untuk reply mesej pelanggan, update media sosial dan juga page.

Tapi, macam yang saya katakan tadi, ini cuma pilihan ya!






Lantik seorang runner

Berfungsi hampir sama seperti pembantu tadi, cumanya runner bertindak untuk mengepos barang yang pelanggan order.




Jadualkan masa untuk melatih ejen

Ini sesuai untuk sesiapa yang sudah bergelar business leader. Adakan jadual untu anda melatih ejen atau downline di bawah anda. Mungkin tidak perlu untuk sharing tentang produk sahaja tapi mungkin tentang motivasi, tips bisnes dan lain-lain.




Jangan salahgunakan waktu bekerja

Ingat, jaga keberkatan waktu bekerja. Waktu bekerja, gunakan untuk bekerja. Balik ke rumah, anda fokuskan kepada bisnes pula. Pandai-pandai bahagikan masa, jangan sesekali salahgunakan waktu bekerja.






Ini sahaja tips yang ingin saya kongsikan. Selamat beramal!



Salam sayang,

NurHidayah
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment