SURAH BACAAN SEMASA HAMIL


Dua tiga hari lepas, ada seorang customer merangkap kawan saya, yang sedang hamil, bertanyakan tentang do and don'ts semasa hamil.

Eh, eh. Orang dah kawen tanya orang yang belum kawen ka?

Hello, ai pi kelas okayyy. Jangan kau pandang aku sebelah mata!

👀👀👀


Anyways, dah bagi list semua, selitkan jugak list dari segi rohani jugak. Takkan jasmani ja yang kita kena jaga kan?

"Jaga solat. Banyak baca Quran. Masa macam ni la, dekatkan diri dengan Allah."

Ni antara pesan saya. Semoga beliau amalkan.

💗

Dan saya juga nak share dengan kawan-kawan saya, apa yang saya share dengan dia.

Eh, takyah la. Tak mengandung lagi. Bujang lagi.

TAHUKAH anda, pembentukan generasi ummah yang seterusnya, adalah amat crucial, bermula dengan mereka yang masih lagi belum berkahwin?

😋

Nak lahirkan generasi yang seterusnya, sangat susah. Nak mendidik dengan pendidikan yang bagus lagi. Sebab itu pentingnya kualiti dari kuantiti.

Ingat, kita bakal bergelar sebagai ibu dan bapa suatu hari nanti.

Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, nak ikut kaler dan paten yang macam mana.

Panjang pulak mukadimah.



💗 Menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah yang mengandungi 7 ayat ini, merangkumi doa agar kita berada di jalan yang lurus, tentang ketuhanan dan pertolongan dari Allah. Fatihah sendiri membawa maksud 'pembuka' kerana dibaca sebagai surah yang pertama pada setiap rakaat solat.




💗 Agar anak yang bakal dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Yusuf dikatakan unik kerana walaupun agak panjang, ianya diturunkan dengan sekali wahyu. Surah Yusuf mengisahkan tentang Nabi Yusuf, anak kepada Nabi Yaakub dan perjalanan hidupnya.




💗 Supaya memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat

Surah Maryam, surah yang ke-19, mengisahkan tentang ibu kepada Nabi Isa, iaitu Maryam. Uniknya surah ini ialah Maryam ialah satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran!



💗 Supaya beroleh ketenangan jiwa dan anak tidak mudah terpengaruh godaan syaitan ke arah maksiat

Surah Yaasin, surah yang selalu kita baca lepas Maghrib, malam Jumaat kan? Surah ini merupakan surah yang ke-36. Nama surah ini berdasarkan ayat pertama dalam surah iaitu huruf ya dan sin.




💗 Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat

Surah yang diturunkan ketika perang Tabuk ini mengandungi 129 ayat dan merupakan surah yang ke-9 dalam al-Quran. Satu-satunya surah yang tidak bermula dengan bismillah dan juga dikenali sebagai surah Al- Bara'ah.




💗 Untuk anak yang cerdik akal dan terang hati

Mempunyai 34 ayat, surah Luqman, mempunyai kisah tentang Luqman al-Hakeem. 























💗 Supaya diperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah ke-49 dan mempunyai 18 ayat. Banyak mengisahkan tentang persaudaraan dalam Islam.


Seharusnya, bakal ibu harus melazimi untuk membaca al-Quran kerana apa yang anda baca, anak anda juga sedang mendengarnya! Jadi, kerapkan membaca Quran ya!

Salam sayang,

Hidayah,
Kulim, Kedah
017-5366123


Share this article:

No comments:

Post a Comment