TIPS AWET MUDA

Adalah menjadi satu mimpi ngeri seandainya kita dilabelkan sebagai 'tua dari usia'. Scary kan?

Mana taknya, umur baru nak masuk 30an tapi dah dikatakan nampak macam pertengahan 30an.

Oiii! Takuitt!


But worries no more! Harini cheq nak share ngan hampa tips nak awet muda. Lepas ni, jangan dok bagi orang kata kat kita, kata kita ni nampak tua.

No no no!


Siapa tahu umur Shin Minah yang sebenarnya? Pelakon Gumiho ini sudah berumur 33 tahun tau! Tapi nampak muda kan? Especially dengan lesung pipit dia yang dalam tu. Aihhh!


😍😍😍

Jeles okayyy!







Tips yang pertama ialah, rehat dengan secukupnya. Sebaik-baiknya ialah 7-8 jam sehari. Ini kerana tubuh kita memerlukan waktu untuk membaiki dan merawat sel-sel yang dalam badan.




Tips yang kedua, minum air kosong secukupnya. Seelok-eloknya, 8 gelas sehari atau lebih baik, lebih dari 8 gelas sehari. Air kosong bukan saja baik untuk sistem penghadaman tapi bagus untuk kulit juga.


Air kosong dapat merawat kelembapan kulit. Kulit yang kering cepat mengalami penuaan tau!




Tips yang ketiga, relakskan diri dari stress. Stress menyebabkan anda cepat tua! 


Mana taknya, asyik berkerut ja muka tu kan? Lama-lama nanti, mesti ada kedut-kedut.😟

Tanamkan fikiran yang positif agar anda memiliki raut wajah yang segar dan muda!





Tips keempat, selalukan untuk memanjakan diri. Ingat! Kalau anda tak memanjakan diri anda, siapa lagi?


Memanjakan diri dari segi yang macam mana? Buatlah perawatan wajah. Kalau tak sempat nak buat di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah.



Macam saya, saya selalu bermasker ESP dan Vitamin C. 





Tips kelima, rajinkan diri untuk bersenam. Keluarkan peluh tu. Bila kita bersenam, bukan saja peluh keluar dari badan, metabolisma kita akan meningkat.


Pengaliran darah dalam badan akan menjadi semakin aktif dan oksigen dibekalkan dengan cukup sehingga ke segenap ceruk tubuh badan. Hasilnya, sel akan mendapat oksigen yang mencukupi dan ini boleh menjadikan anda nampak lebih muda!





Tips keenam, makan makanan yang tinggi antioksidan. Antaranya, berries dan anggur. Makanan yang tinggi antioksidan baik untuk mencegah penuaan.


Tapi, saya pilih Vivix. Antara bahan kandungan Vivix ialah Muscadine Grape, yang ternyata memang tinggi dengan antioksidan. Dan sudah semestinya, ianya boleh mencegah saya nampak tua dari usia.




Tips yang terakhir ialah, jika anda seorang perokok, berhentilah merokok. Selain merbahaya untuk kesihatan, merokok juga boleh menyebabkan kulit menjadi kasar.


Bila kulit menjadi kasar, kita obviously akan nampak lebih tua dari usia.





Ingin nampak lebih muda dari usia? Boleh praktikkan tips yang saya kongsikan ni. Harap-harap, lepas ni, takdak sapa la yang dok kata kita ni nampak tua dari umur, kan?

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Salam sayang,

Hidayah,
Kulim, Kedah
017-5366123


Share this article:

No comments:

Post a Comment