TIPS MURAH REZEKI



Berapa ramai antara kita yang sering mengeluh, kenapa susah rezeki nak masuk, kenapa rezeki tak berkat dan sebagainya. Tapi, apa yang kita buat sebagai cara supaya Allah murahkan rezeki kita?

Ini ialah berdasarkan apa yang saya dengar dan catat semasa di ceramah-ceramah, pembacaan dan jugak video-video di YouTube.

Tips ini bukanlah saya yang create sendiri ya!

Antara ustaz-ustaz yang menyumbang kepada tips ini ialah

💗 Ustaz Don
💗 Ustaz Khalid Basalamah
💗 Mufti Menk
💗 Tawfique Chowdery

Dan ramai lagi.

Setiap dari tips, saya sertakan sekali kenapa dan nota kaki yang lain.

Selamat beramal!


Tips yang pertama ialah, banyakkan istighfar. Kalau apa yang saya praktikkan, sehari 1000kali. Boleh bahagi-bahagikan selepas solat.

Malahan, masa dalam kereta pun, kita boleh beristighfar juga!

😋

Kenapa istighfar?

Kerana, boleh jadi salah satu lubang rezeki kita ditutup disebabkan dosa kita yang lampau. Jadi, supaya Allah mudahkan dan murahkan rezeki kita, tak salah jika kita beristighfar.



Tips yang kedua ialah sedekah. Sedekah ini mudah. Boleh cari mana-mana mereka yang tidak berkemampuan, hulurkan sedekah.

Sedekah bukan hanya bab duit ringgit sahaja. Hulurkan bantuan dengan tenaga, itu juga sedekah.

Ingat, dalam rezeki kita, ada tertulis rezeki untuk orang lain juga.

😋


Tips ketiga, baca surah Al Mulk dan Al Waqiah sebelum tidur.

Selain melepaskan siksaan kubur, dua surah ni jika diamalkan, memang terasa hati ni tenang tau!

Selain memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat, mudah-mudahan dengan melazimi surah ini, kita beroleh rezeki yang melimpah ruah.



Tips keempat. Solat dhuha. Jangan terlepas.

Allah berfirman,

"Wahai Anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu sehingga petang harinya."

Hadith Riwayat Hakim


Tips yang terakhir ialah, banyakkan berdoa.

Apa Allah kata dalam Quran,

"Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."

Banyakkan berdoa. Samada Allah nak kabulkan atau tidak, terpulang. At least, kita dah usaha dengan keringat dan doa kita.


😋


Semoga semua tips ini bermanfaat dan sama-samalah kita panjangkan ilmu yang kita praktikkan. 

Salam sayang,

Hidayah,
Kulim, Kedah
017-5366123
Share this article:

No comments:

Post a Comment